Antara perkara2 yang aku paling tak suka dalam hidup.... tetapi perkara inilah juga yang sering aku lalui dalam hidup terutamanya apabila terpaksa melintasi Jambatan Pulau Pinang setiap hari. Banyak perkara yg boleh menyebabkan kesesakan berlaku di jambatan walaupun sesetengahnya kelihatan seperti perkara yg amat remeh. Kereta rosak, tayar pancit, kenderaan bergerak perlahan, kerja2 penyekenggaraan, hujan dan banyak lagi perkara perkara yang boleh menyebabkan kesesakan berlaku di Jambatan terpanjang di Malaysia ini yg boleh dikatakan terlalu sensitif dengan keadaan persekitaran.. Kesesakan paling teruk yang pernah aku alami di Jambatan ini adalah pada tahun lalu apabila terperangkap selama 4 jam tanpa bergerak kerana telah berlaku satu kemalangan yg melibatkan Lori Kontena. Pada masa itu hanya dua perkara sahaja yg boleh dilakukan, sama ada bersabar atau terjun laut.. Namun sebenarnya kesesakan lalulintas jugalah menyerlahkan tahap kesabaran dan kesopanan rakyat malaysia ..
uikssssss kat highway pun sempat snap agi yer..yehaaaaaa...kibod selalu terkena mcm nie ker...sabo yer..sabo yer..pemandu yg berhemah pemandu yg sabo..
eh snap dari mane nie..nice pict..
Tue 16-Aug-2005 08:47 Posted by:Noorul
lain kali bawa roti banyak2 ek.... kei bekal
Tue 16-Aug-2005 10:42 Posted by:cuyus
sabar kibod. tol kata yus tu, len kali bawak biskut. takpun beli hp 3G. heheh.. leh buat live telecast .